ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bas. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bas. FOTO Ihsan Bomba.
BERNAMA

Seremban: Dua maut dan tujuh penumpang bas cedera parah akibat kemalangan membabitkan bas dan kereta di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pagi tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi Bakarya Mohd Salleh berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira 5 pagi tadi.

Memaklumkan perkembangan terkini insiden itu, katanya, jumlah mangsa terbabit yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas (lelaki) dan penumpang wanita warga Indonesia.

"13 mangsa (penumpang) lain cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bakarya berkata, mangsa yang menaiki kereta pula terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 8:11 AM