GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Dawn Chan dan Luqman Hakim

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan "budaya rasuah" dalam kalangan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, mereka akan mengumpul maklumat daripada pihak terbabit selepas dakwaan dibuat oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing.

"SPRM akan menyiasat perkara itu.

"Kami menggesa orang ramai supaya tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini," katanya kepada New Straits Times, hari ini.

Semalam, King Sing mengakui terbabit insiden wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini di KLIA bagi membongkar 'peristiwa' memalukan.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Berita berkaitan:

KPISM kesal dengan tuduhan menteri

Menteri akui terbabit insiden kekecohan, dakwa bongkar rasuah di KLIA

JIM siasat laporan menteri buat 'kecoh' di KLIA

Polis belum terima laporan kekecohan di KLIA

Cuepacs gesa kerajaan, pihak berkuasa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA

Pemuda Umno desak Anwar pecat menteri buat 'kecoh' di KLIA

Menteri buat 'kecoh', tuntut bebaskan pelawat China ditahan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2023 @ 2:13 PM