TANGKAP layar video tular di media sosial menunjukkan kekecohan yang berlaku membabitkan seorang menteri.
TANGKAP layar video tular di media sosial menunjukkan kekecohan yang berlaku membabitkan seorang menteri.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing didakwa menceroboh masuk balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis masih di peringkat awal siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang kesalahan oleh mana-mana pihak dalam insiden itu.

"Ketika ini siasatan polis dijalankan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP). Polis mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk diambil keterangan.

"Kita (polis) sedang mengenal pasti identiti individu yang akan dipanggil untuk rakam keterangan sebelum tindakan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, beliau mengesahkan menerima satu laporan dibuat orang awam berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, laporan yang dibuat meminta siasatan dijalankan susulan mendakwa seorang menteri menceroboh KLIA.

Kelmarin, Tiong menyifatkan tindakannya itu bagi membongkar 'peristiwa' memalukan.

Tiong mendakwa wujud budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Tiong mengakui gambar tular di media sosial berhubung insiden itu adalah dirinya dan beliau mengatakan ada menerima aduan daripada pelancong sebelum ke KLIA bagi memahami situasi pelancong asing itu, selain ia pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan memberitahu mengambil tindakan serta-merta dengan memulakan siasatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan akan menyiasat dakwaan Tiong dan akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak untuk menyiasat dakwaan itu sewajarnya.

Berita berkaitan:

Polis buka KEP kes kekecohan di KLIA babitkan Menteri Pelancongan

Notis penolakan pelancong China ikut prosedur

Polis terima satu laporan menteri ceroboh KLIA

Saya cuba 'lawan' budaya rasuah Jabatan Imigresen - King Sing

Pegawai Imigresen dalang video viral - King Sing

SPRM akan siasat dakwaan 'budaya rasuah' pegawai Imigresen di KLIA

KPISM kesal dengan tuduhan menteri

Menteri akui terbabit insiden kekecohan, dakwa bongkar rasuah di KLIA

JIM siasat laporan menteri buat 'kecoh' di KLIA

Polis belum terima laporan kekecohan di KLIA

Cuepacs gesa kerajaan, pihak berkuasa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA

Pemuda Umno desak Anwar pecat menteri buat 'kecoh' di KLIA

Menteri buat 'kecoh', tuntut bebaskan pelawat China ditahan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 2:37 PM