HIASAN.
HIASAN.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Akibat perselisihan faham berkaitan masalah kewangan menyebabkan seorang lelaki cedera di kepala selepas ditetak dengan parang oleh isterinya di kediaman mereka di Jinjang di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, pekerja kilang berusia 34 tahun itu pulang ke rumahnya dan selepas selesai makan, dia yang ingin masuk ke dalam bilik tiba-tiba diserang isterinya.

Menurut sumber, suspek bertindak menetak kepala mangsa dengan parang sehingga berdarah.

"Sebelum kejadian, mangsa berselisih faham dengan isterinya berkaitan masalah kewangan.

"Mangsa yang cedera kemudian melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Jinjang," katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, mangsa masih belum dirakam keterangannya selepas gagal ditemui sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 9:53 AM