Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan berita baik iaitu projek dan peruntukan untuk Kelantan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, malam ini.

Perdana Menteri berkata, apa yang akan diumumkan itu adalah lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini.

"Naratif negeri Pantai Timur dan Sabah adalah ketinggalan dan kita bertekad untuk menambah peruntukan serta kemudahan kepada negeri-negeri khususnya Kelantan.

"Malam ini saya mungkin akan menyebut beberapa keputusan baru iaitu lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini iaitu projek yang saya percaya dapat membantu membangunkan Kelantan.

"Kita tidak mahu Kelantan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 5:27 PM