Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan tol Rahmah percuma selama empat hari kepada semua kelas kenderaan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, tol Rahmah percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara bermula esok hingga 21 April dan 24 April 2023.

"Kerajaan bersetuju melaksanakan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

"Pelaksanaan tol Rahmah percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan," katanya pada sidang medianya di Perdana Putra hari ini.

Anwar berkata, ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung.

Berita berkaitan:

PM umum cuti am tambahan Aidilfitri

Kadar khas RM50 saman trafik sempena Aidilfitri

Diskaun khas barangan mentah untuk pengusaha Menu Rahmah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 2:58 PM