ANGGOTA bomba menyelamatkan pemandu kereta Perodua Myvi yang patah tangan kiri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di MRR2. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba menyelamatkan pemandu kereta Perodua Myvi yang patah tangan kiri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di MRR2. FOTO Ihsan Bomba.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pemandu kereta Perodua Myvi patah tangan kiri selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 pada 12:32 tengah hari.

Komander Operasi, Mohd Fakhrusy Syakirin Mamat berkata, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan BBP Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Myvi dan sebuah lori.

"Terdapat seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu kereta yang mana mangsa mengalami patah tangan kiri.

"Mangsa berjaya dibawa keluar pada 1.11 tengah hari dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 6:12 PM