GAMBAR hiasan. FOTO Aswadi Alias.
GAMBAR hiasan. FOTO Aswadi Alias.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Hajat selepas solat Isyak pada 6 April ini (Khamis).

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, selain itu pihaknya turut menyarankan bacaan Qunut Nazilah dan solat Hajat selepas solat solat Jumaat pada 7 April bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

"Ia susulan tragedi serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa malam tadi.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman yang dilakukan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 11:28 PM