Ahmad Sani  ( duduk dua dari kiri) dan Huda Nur Liana memeterai memorandum perjanjan (MoU) pelaburan bagi tujuan membawa masuk pelaburan sebanyak RM 10 juta sebagai usaha memperkukuhkan industri penternakan ruminan negara.
Ahmad Sani ( duduk dua dari kiri) dan Huda Nur Liana memeterai memorandum perjanjan (MoU) pelaburan bagi tujuan membawa masuk pelaburan sebanyak RM 10 juta sebagai usaha memperkukuhkan industri penternakan ruminan negara.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Ketidaktentuan pasaran industri makanan khususnya daging lembu memperlihatkan kepentingan industri penternakan dalam mengawal jaminan pasaran makanan negara.

Namun sehingga kini, kebergantungan negara kepada daging import masih meninggi.

Menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, pada tahun 2020, Malaysia mengimport lebih daripada 207,000 tan lembu hidup dan daging lembu seberat 225,000 tan untuk memenuhi keperluan pengguna pada tahun 2020.

Manakala menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, sektor ternakan menyumbang

sebanyak 7.3 peratus kepada keluaran sektor pertanian negara pada tahun 2020.

Susulan itu Ladang Ummah (M) Sdn Bhd optimis menjadi peneraju penternakan ruminan dengan kekuatan memasarkan 10,000 lembu setahun khusus untuk dalam negara menjelang 2025.

Syarikat yang diasaskan menerusi sokongan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu juga menyasarkan bagi membantu mengurangkan kebergantungan Malaysia pada import ternakan dari luar negara dan pada masa yang sama, memperkasakan industri ternakan tempatan.

Justeru syarikat terbabit memeterai memorandum perjanjan (MoU) pelaburan antara NRG Capital Sdn Bhd. bagi tujuan membawa masuk pelaburan sebanyak RM 10 juta sebagai usaha memperkukuhkan industri penternakan ruminan negara.

Majlis berkenaan disempurnakan antara Pengerusi Ladang Ummah (M) Sdn. Bhd. (Dr.) Ahmad Sani Datuk Abdul Alim Araby dan Ketua Pegawai Eksekutif NRG Capital Sdn. Bhd., Huda Nur Liana Roslan.

Ahmad Sani berkata, industri penternakan menjadi sebutan selepas ketidaktentuan pasaran industri makanan khususnya daging lembu hingga pelbagai usaha dan pelan dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun industri dalam mengawal jaminan pasaran makanan negara.

Menurutnya,. Ladang Ummah adalah syarikat Bumiputera yang diasaskan menerusi sokongan MAPIM dengan objektif untuk memperkasakan industri penternakan negara mengikut kehendak syariah, Halal, Toyyib dan bebas dari sebarang Syu'bah.

"Syarikat ini juga pengimport ternakan dari seluruh dunia bagi permintaan daging ayam, lembu, kerbau dan kambing.

"Syarikat berpandangan dengan meningkatnya kesedaran tentang keselamatan makanan dan kepentingan untuk membangun ketahanan negara dalam bekalan makanan, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk produk ternakan tempatan di Malaysia.

"Dengan menumpukan kepada permintaan domestik, Ladang Ummah berharap dapat membantu mengurangkan kebergantungan Malaysia pada import ternakan dari luar negara dan pada masa yang sama, memperkasakan industri ternakan tempatan," katanya.

"Ladang Ummah juga telah dijemput oleh kerajaan Rusia untuk menghadiri dan meneroka peluang kerjasama pelaburan dalam Kazan Economic Forum 2023 yang akan diadakan di Tatarstan pada bulan Mei ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 8:45 AM