ANTARA lelaki yang cedera selepas terbabit dalam pergaduhan di Cheras. FOTO Tular
ANTARA lelaki yang cedera selepas terbabit dalam pergaduhan di Cheras. FOTO Tular
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis masih memburu suspek utama kejadian dua lelaki cedera akibat ditetak dalam pergaduhan kerana dipercayai mengganggu isteri orang di Cheras, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, setakat ini usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan tiada tangkapan dibuat.

Harian Metro semalam melaporkan dua lelaki cedera selepas terbabit dalam pergaduhan dipercayai akibat mengganggu isteri orang di Cheras.

Kedua-dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun cedera kerana ditetak menggunakan parang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek dan kejadian boleh menghubungi Hotline IPD Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 12:59 PM