TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki menyerang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. FOTO Ihsan polis
TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki menyerang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. FOTO Ihsan polis
Asrol Awang


Kuantan: Kes lelaki yang menyerang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, 26 mac lalu, sudah dirujuk ke unit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan siasatan, lelaki berusia 37 tahun itu adalah bekas tentera yang juga gelandangan.

Katanya, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit juga positif dadah.

"Kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu dan jalan Mahkota, di sini menjadi tempat lelaki terbabit merayau.

"Siasatan juga mendapati suspek dikatakan berhalusinasi. Dia memaklumkan mendengar imam memanggil namanya," katanya pada sidang media kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Dalam kejadian 6.18 pagi itu, suspek menyerang pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2023 @ 1:11 PM