FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bursa Malaysia Bhd mengenal pasti beberapa laman sosial Facebook yang menyalah guna nama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Muhamad Umar Swift.

"Bursa ingin menegaskan bahawa laman Facebook ini tidak mempunyai kaitan dengan Muhamad Umar mahupun Bursa dan langkah-langkah telah diambil untuk memadamkannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Bursa Malaysia menggesa orang ramai berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan pelaburan dan pancingan data (scam) dan perlu membuat pengesahan terlebih dahulu mana-mana pautan laman web ataupun tawaran untuk menyertai mana-mana skim.

Penipuan terkini yang dikenal pasti disenaraikan di https://bursaacademy.bursamarketplace.com/en/investor-alert.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2023 @ 1:48 PM