Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi pihak warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan takziah kepada waris pelatih guru, Saiful Asyraf Mukhtar.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi pihak warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan takziah kepada waris pelatih guru, Saiful Asyraf Mukhtar.
Ahmad Ismail


Segamat: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga pelatih guru yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, di Segamat, pagi semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ,menerusi status di Facebook turut mendoakan roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT.

"Semalam kami menerima perkhabaran dukacita di atas pemergian bakal guru Allahyarham Saiful Asyraf Mukhtar, 21 berasal dari Sabah.

"Arwah terbabit dalam kemalangan semasa melaksanakan kerja-kerja murni pasca banjir bagi pembersihan Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh di Segamat," katanya.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa yang juga bakal guru itu terkena renjatan elektrik ketika menggunakan penyembur air atau sewaktu melakukan kerja pembersihan pasca banjir di sekolah itu.

Mangsa rebah dan cedera pada kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat.

Saiful Asyraf Mukhtar seorang pelatih guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 2:12 PM