Datuk Hussein Omar Khan. FOTO PDRM.
Datuk Hussein Omar Khan. FOTO PDRM.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan Datuk Hussein Omar Khan sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa 13 Mac depan.

Hussein yang juga Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, Hussein akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Selangor dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Arjunaidi, 60, berkhidmat dengan PDRM selama 35 tahun, sebelum bersara sebagai Ketua Polis Selangor pada 31 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 8:37 PM