Rohaniza Idris


Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Itu...serah kepada SPRM," katanya ringkas ditemui media selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil - Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), di sini, hari ini.

Perdana Menteri mengulas laporan akhbar bertajuk 'UiTM Holdings rugi RM157 juta' yang disiarkan media tempatan hari ini mendakwa jumlah kerugian itu berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 12:28 PM
ANWAR (tengah) melambai ke arah pelajar selepas menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil: Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Unisel. FOTO Bernama
ANWAR (tengah) melambai ke arah pelajar selepas menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil: Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Unisel. FOTO Bernama