GAMBAR hiasan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
GAMBAR hiasan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Safeek Affendy Razali


Kuala Lumpur: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari tahun depan.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bantuan Khas sebanyak RM700 akan dibayar kepada pegawai perkhidmatan awam dari Gred 56 dan ke bawah.

Sementara bantuan khas sebanyak RM350 akan dibayar kepada pesara yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

Turut menerima bantuan khas sebanyak RM350 adalah pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

JPA memaklumkan, pihak yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui emel di alamat [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 9:01 PM