GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Irwan Shafrizan Ismail

Putrajaya: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dengan 480 kes dilaporkan setakat malam tadi berbanding 609 kes sehari sebelumnya.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan 473 kes adalah penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import manakala empat kematian direkodkan.

Selain itu 13,818 kes aktif dilaporkan dengan 93.3 peratus menjalani isolasi di rumah dan 885 berada di hospital termasuk 20 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, bilangan kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi Ke-51 (ME51/2022) dari 18 hingga 24 Disember merekodkan penurunan 18.7 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Katanya, pada ME51/2022, bilangan kes kematian turut berkurangan sebanyak 34 peratus iaitu 31 kes pada minggu itu berbanding 47 kes, minggu sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2022 @ 10:30 AM