PENDUDUK Kampung Wakaf Stan menaiki perahu meredah banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). FOTO Bernama
PENDUDUK Kampung Wakaf Stan menaiki perahu meredah banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). FOTO Bernama
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan berhubung kejadian renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak, Tumpat di Kelantan hari ini.

Siasatan itu dijalankan dengan kerjasama rapat pihak berkuasa berkenaan seperti Suruhanjaya Tenaga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TNB turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau video kejadian dan membuat spekulasi.

"Beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan di samping menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam kenyataan sama, TNB turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

"TNB akan memastikan keselamatan orang ramai sentiasa diutamakan, termasuk dengan memutuskan sementara bekalan elektrik ke kawasan yang ditenggelami air banjir atas faktor keselamatan.

"Penyambungan semula bekalan akan dibuat dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan.

"Orang ramai disarankan untuk sentiasa menjaga keselamatan dan menghubungi talian 1-300-88-5454 bag melaporkan pepasangan TNB yang berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah tiga beradik yangmaut dipercayai akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, semua mangsa perempuan berusia antara 20 hingga 27 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, salah seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua lagi adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

Berita berkaitan

Nor Syazwani rebah lepas pegang tiang rumah sebelum Fatiah dan Sakinah menyusul [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 5:40 PM