GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Abnor Hamizam Abd Manap


Kuala Pilah: Penganggur yang tidak serik mengulangi kesalahan berkaitan dadah, dihukum penjara lima tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini

Hukuman dijatuhkan Hakim Norma Ismail selepas tertuduh, Rosli Mohamad Jaafar, 41, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Rosli didakwa mempunyai dalam milikannya dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine seberat 11.2 gram di tangki air Felda Lui Muda, Jempol pada 8 pagi, 20 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap ketika berada dalam kereta dan mencurigakan, manakala pemeriksaan lanjut polis menemui dadah yang disimpan di dalam beg di tempat duduk penumpang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 12:35 PM