ANWAR bertemu penyokong PH pada hari penamaan calon PRU-15 Parlimen Tambun. FOTO Aizuddin Saad
ANWAR bertemu penyokong PH pada hari penamaan calon PRU-15 Parlimen Tambun. FOTO Aizuddin Saad
Muhammd Yusri Muzamir


Image

Kuala Lumpur: Percaturan merebut majoriti lebih kukuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilihat tidak hanya tertumpu kepada calon individu, sebaliknya ada yang dilihat 'mengheret' ahli keluarga demi mengukuhkan parti diwakili mereka.

Ini membabitkan calon anak-beranak, adik beradik mahupun mempunyai pertalian kekeluargaan yang bertanding di kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tampil bergandingan atas tiket Pejuang di Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi cuba mempertahankan kemenangan masing-masing di kerusi Parlimen Langkawi serta Jerlun.

Tidak kurang juga bagi pasangan anak beranak Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang kekal bergandingan merebut kepercayaan pengundi bagi menempah tempat di Dewan Rakyat.

Anwar pada PRU-15 beralih ke Parlimen Tambun, manakala Dr Wan Azizah ke Bandar Tun Razak dan Nurul Izzah pula cuba mempertahankan kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh dengan ketiga-tiga mereka bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 5:03 PM