ANNUAR hadir memberi sokongan kepada calon BN Parlimen Ketereh. FOTO NSTP
ANNUAR hadir memberi sokongan kepada calon BN Parlimen Ketereh. FOTO NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Image

Kota Bharu: Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Ketereh.

Kehadiran Annuar turut mendapat tepukan daripada penyokong parti yang hadir.

Annuar tiba bersama isteri serta anak-anak jam 9 pagi untuk memberi semangat dan tanda sokongan kepada Marzuani Ardila Ariffin.

Media semalam melaporkan, Annuar akan membantu Marzuani Ardila bagi mempertahankan Parlimen Ketereh.

Katanya, beliau tidak akan sesekali membiarkan Marzuani terkapai-kapai sendirian memandangkan calon BN itu sudah seperti anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 10:52 AM