KHAIRY ketika hadir di Majlis Pengumuman Calon PRU-15 Barisan Nasional di WTCKL. FOTO Azhar Ramli.
KHAIRY ketika hadir di Majlis Pengumuman Calon PRU-15 Barisan Nasional di WTCKL. FOTO Azhar Ramli.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Teka-teki kedudukan kerusi yang akan ditandingi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akhirnya terjawab apabila beliau dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Itu antara senarai nama calon yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam ini.

Sementara itu, pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim juga disahkan bertanding di Parlimen Larut.

Sementara, Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila sebagai bakal calon Parlimen Ketereh, Kelantan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pula akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Gerik di Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2022 @ 9:56 PM