Penunggang motosikal maut melanggar bahagian belakang lori. FOTO Ihsan Pembaca
Penunggang motosikal maut melanggar bahagian belakang lori. FOTO Ihsan Pembaca
Samadi Ahmad

Putrajaya:Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan dinaikinya merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori syarikat Alam Flora yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan di atas Jambatan Seri Saujana menghala Jalan Sentosa hari ini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku pada 3.05 petang apabila motosikal yang ditunggang mangsa gagal mengelak dan terjatuh di bahagian kanan jalan.

Menurutnya, mangsa adalah kakitangan Hospital Putrajaya, Muhammad Aimanhafiz Ab Wahab, 30, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya.

"Mangsa ketika kejadian menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115(E) manakala pemandu lori tidak mengalami sebarangan kecederaan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ)1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2022 @ 7:35 PM