DATUK Juhari Bulat. FOTO arkib
DATUK Juhari Bulat. FOTO arkib
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat menolak usul yang dikemukakan pembangkang berkaitan anti lompat parti yang sebelum ini sudah dikuat kuasa di peringkat Parlimen.

Usul itu dikemukakan Tan Kok Yew (PH-Derga) pada sesi Sidang DUN Kedah, hari ini.

Juhari berkata, ini kerana kerajaan negeri bercadang membahaskan usul itu pada sidang akan datang yang tarikhnya ditentukan kemudian.

"Walaupun peringkat Parlimen telah menguatkuasakan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan larangan melompat parti pada 5 Oktober lalu, namun kerajaan negeri mempunyai masa untuk berbuat demikian.

"Usul dibawa Derga mengenai anti lompat parti ini baik dan memenuhi kriteria tetapi saya tolak.

"Ini dalam Perkara 6, Jadual 8 Negeri ada masa untuk kuatkuasakan Rang Undang-Undang lompat parti, kerajaan (negeri) pun sudah maklum, kita nak buat secara teratur Rang Undang-Undang lompat parti," katanya sebelum sesi soal jawab pada Persidangan DUN di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Perlis antara negeri yang meluluskan enakmen anti lompat parti dan menguatkuasakan RUU lompat parti itu bermula 1 November.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 11:46 AM