ANTARA mangsa banjir di PPS SK Durian, semalam. FOTO Bernama
ANTARA mangsa banjir di PPS SK Durian, semalam. FOTO Bernama
BERNAMA

Melaka: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Alor Gajah menurun kepada 32 orang daripada tujuh keluarga tengah hari ini, berbanding 48 orang daripada 13 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka ialah penduduk dari Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Pulau dan Kampung Bukit Balai di Alor Gajah.

"Banjir juga masih dilaporkan berlaku di Kampung Pengkalan Rama Pantai dan Kampung Sungai Putat di Melaka Tengah dan Batang Melaka serta Gapis di Jasin, namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 3:32 PM