PINTU masuk ke Pengkalan Gawi. FOTO Arkib  NSTP
PINTU masuk ke Pengkalan Gawi. FOTO Arkib NSTP
Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Empat individu dikhuatiri sesat dan masih hilang ketika melakukan pendakian di kawasan hutan di Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dekat sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang Mohd Salleh Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.07 petang hari ini.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Kuala Berang bersama jentera dan unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.

"Kesemua empat mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat kesemua mangsa adalah individu dewasa di dapati sesat ketika mendaki di kawasan Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.

Katanya, status operasi hingga malam ini masih diteruskan bagi menjejaki kesemua yang yang dipercayai tersesat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 7:36 PM