Mary Victoria Dass


Kota Tinggi: Hujan lebat di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja , di sini, seolah-olah turut 'menangisi' pemergian empat beranak termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan yang terkorban dalam nahas di Kampung Semanggar di sini, semalam.

Jenazah tiga beranak termasuk Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27 dan anak bongsu, Nurfatihah Jannah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sementara, anak lelaki, Nur Firman Hadi, 4, dikebumikan di liang lahad berbeza selepas disahkan positif Covid-19 ketika proses bedah siasat.

Terdahulu, van jenazah yang membawa Nur Firman Hadi dari Hospital Kota Tinggi (HKT) tiba ke tanah perkuburan pada 3.45 petang.

JENAZAH Nur Firman dikebumikan di liang lahad  berbeza kerana positif Covid-19. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
JENAZAH Nur Firman dikebumikan di liang lahad berbeza kerana positif Covid-19. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Sejam selepas itu, tiga lagi jenazah ahli keluarganya tiba di perkarangan tanah perkuburan berkenaan.

Semua jenazah disolatkan di Surau Felda Pasir Raja di sini.

Nur Firman Hadi selamat dikebumi pada jam 4.30 petang manakala ibu bapa serta adik perempuannya selamat dikebumi pada 5.30 petang.

ROSNI menyiram air di anak, menantu dan cucunya. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
ROSNI menyiram air di anak, menantu dan cucunya. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 6:43 PM