DATUK Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. FOTO arkib NSTP
DATUK Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. FOTO arkib NSTP
Mohd Roji Kawi


Kuching: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kesal apabila nombor telefon bimbitnya digunakan oleh 'scammer' untuk memperdayakan orang ramai.

Wan Junaidi berkata, beliau menyedari perkara itu selepas beberapa kenalan menghubunginya untuk mengesahkan mesej yang diterima menerusi aplikasi Telegram, hari ini.

Justeru katanya, sesiapa yang menerima mesej yang tentera nombor telefon dan gambarnya itu supaya mengabaikannya.

"Orang ramai juga harus menyekat dan melaporkan kepada pembangun aplikasi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Wan Junaidi, beliau difahamkan ada kenalan di kawasan Parlimen Santubong yang terpedaya dan sudah memindahkan wang sebanyak RM5,000 ke akaun terbabit.

"Sekiranya ada yang tertipu, diminta segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak terbabit diambil tindakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2022 @ 3:11 PM