GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang membabitkan beberapa kawasan ketika ini melibatkan 10 peratus daripada keseluruhan bekalan.

TNB dalam kenyataan berkata, gangguan elektrik yang bermula 12.39 tengah hari tadi membabitkan 2.2 gigawatt (GW).

"Antara kawasan-kawasan terjejas adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya (Pulau Pinang), Panchor (Pahang) dan Bandar Indera Mahkota (Pahang).

"Bagaimanapun, bekalan sudah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan di Lembah Klang," katanya.

Menurut kenyataan itu, punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

Pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini dan akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 2:48 PM