AISYAH menunjukkan keadaan rumahnya yang disiram cat merah dipercayai dilakukan Ahlong yang tersalah rumah di Rumah Rakyat Kuala Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
AISYAH menunjukkan keadaan rumahnya yang disiram cat merah dipercayai dilakukan Ahlong yang tersalah rumah di Rumah Rakyat Kuala Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: "Saya yakin ceti haram Along tersalah alamat sebaik melihat hadapan rumah saya dibaling dengan `bom' cat merah," ujar mangsa Nurul Aisyah, 39.

Dia yang menetap di Rumah Rakyat Kuala Lukut di sini, hanya menyedari kejadian itu jam 7 pagi kelmarin ketika mahu ke tempat kerja.

"Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat kawasan depan rumah dipenuhi cat merah yang dipercayai dilakukan samseng Along.

"Saya trauma dengan kejadian ini kerana saya tidak pernah meminjam wang dari sesiapa termasuk Along. Saya percaya mereka tersalah rumah," katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu

yang menyebabkan penghuni rumah dalam kesusahan.

"Kejadian seperti ini amat dikesali apatah lagi mangsa tidak mempunyai sebarang urusan dengan Along.

"Isu kelewatan atau kegagalan menjelaskan hutang perlu diselesaikan dengan kaedah perbincangan tanpa membabitkan unsur ugutan atau ancaman keselamatan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang berdepan ancaman Along perlu berani tampil membuat laporan polis.

GAMBAR

1-3. PORT DICKSON 20 JULY 2022 (.) Mangsa, Nurul Aisyah, 39, menunjukkan keadaan rumahnya yang disiram cat merah dipercayai dilakukan Ahlong yang tersalah rumah di Rumah Rakyat Kuala Lukut, Port Dickson. STR/MOHD KHIDIR ZAKARIA

TAMAT

#kw, ahlong salah rumah, cat merah, wanita trauma, kuala lukut, port dickson

From: Mohd K

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 10:50 AM