ANGGOTA bomba dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan JBPM Perak.
ANGGOTA bomba dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan JBPM Perak.
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Sungai Siput: Kanak-kanak perempuan antara empat yang cedera dalam kemalangan yang mengorbankan seorang wanita di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Kanthan di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 8.08 malam dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bergegas ke lokasi.

Katanya, nahas membabitkan Proton Satria yang terbabas sebelum terbalik hingga menyebabkan semua mangsa tersepit.

"Seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera iaitu tiga lelaki dewasa dan kanak-kanak.

"Anggota mengeluarkan mangsa yang terperangkap dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 9:35 AM