NOOR Azimah (dua dari kiri) bersama suami, Mohd Izani dan empat anak mereka mengembara ke ke beberapa negeri sambil beraya menggunakan van Volkswagen Transporter. FOTO Ihsan Noor Azimah Abdul Mutalib
NOOR Azimah (dua dari kiri) bersama suami, Mohd Izani dan empat anak mereka mengembara ke ke beberapa negeri sambil beraya menggunakan van Volkswagen Transporter. FOTO Ihsan Noor Azimah Abdul Mutalib
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Beraya sambil mengembara. Itu konsep dilakukan enam sekeluarga bagi mencari kelainan sempena Syawal tahun ini.

Noor Azimah Abdul Mutalib, 35, dan suami, Mohd Izani Baharum, 39, serta empat anak mereka memulakan perjalanan sejak beberapa hari lalu.

Dengan menggunakan van Volkswagen Transporter model 1980-an, keluarga berkenaan kini menjelajah dengan menziarahi keluarga dan rakan sambil menikmati keindahan sepanjang perjalanan.

Menurutnya, impian untuk mengembara sudah lama terpendam namun bersyukur ia dapat direalisasikan tahun ini.

"Apabila kerajaan longgarkan prosedur operasi standard dan aktiviti rentas negeri serta ziarah dibenarkan, saya dan suami mula merancang untuk menjelajah Semenanjung bersama anak-anak.

"Kami akan singgah di setiap negeri untuk menziarahi keluarga dan rakan sambil berkunjung ke lokasi menarik untuk bermalam.

"Konsep 'camper van' ini membolehkan kami singgah di tapak perkhemahan untuk tidur dan memasak tanpa perlu menempah hotel atau rumah inap," katanya ketika dihubungi, hari ini.

NOOR Azimah sekelurga akan disinggah di tapak perkhemahan untuk bermalam dan berehat. FOTO Ihsan Noor Azimah Abdul Mutalib
NOOR Azimah sekelurga akan disinggah di tapak perkhemahan untuk bermalam dan berehat. FOTO Ihsan Noor Azimah Abdul Mutalib

Beliau berkata, suaminya sudah mengubahsuai van yang digunakan agar sesuai untuk dijadikan tempat tidur untuk mereka sekeluarga.

Katanya, lokasi tapak perkhemahan pula biasanya ada menyediakan surau, tandas dan ia memudahkan mereka untuk berehat seketika.

"Jika terasa letih, kami akan singgah di kawasan pantai atau sungai yang menyediakan kemudahan untuk berkhemah sebelum memulakan perjalanan keesokan harinya.

"Konsep kembara sambil beraya ini memang menarik kerana boleh 'berjalan' dan ziarah dalam masa yang sama.

"Anak-anak juga gembira kerana sudah lama tidak bercuti, tambahan pula konsep kali ini berlainan menyebabkan mereka juga teruja," katanya.

RUANG van diubah suai bagi membolehkan makanan dan barangan disimpan selain selesa untuk mereka sekeluarga tidur. FOTO Ihsan Noor Azimah Abdul Mutalib
RUANG van diubah suai bagi membolehkan makanan dan barangan disimpan selain selesa untuk mereka sekeluarga tidur. FOTO Ihsan Noor Azimah Abdul Mutalib

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 4:38 PM