GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam pergaduhan di rumah di Bukit Antarabangsa di sini, semalam dipercayai akibat salah faham berhubung kehilangan beg sandang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 12.25 tengah malam.

"Sepasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati lapan lelaki sedang bertengkar dan dua daripadanya cedera.

"Semua individu berusia 20 hingga 25 tahun itu ditahan dan dibawa ke balai polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, punca kejadian adalah salah faham berkenaan kehilangan beg sandang.

"Ketika perbincngan berlaku pergaduhan antara kumpulan lelaki terbabit.

"Tiga suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, baki lima lagi lelaki diberi jamin polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 12:52 PM