ISMAIL sabri. FOTO Arkib Bernama
ISMAIL sabri. FOTO Arkib Bernama
Wartawan HM

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju mengubah cuti Hari Pekerja kepada Rabu ini susulan pengumuman rasmi Aidilfitri esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia selaras dengan pengumuman sambutan Aidilfitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menetapkan 1 Syawal 1443H esok.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap 8).

"Gantian cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri berkenaan," katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk sebarang pengumuman berkenaan cuti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 11:34 PM