MOHD Zuki bercakap kepada pemberita selepas menziarahi jenazah. FOTO Bernama
MOHD Zuki bercakap kepada pemberita selepas menziarahi jenazah. FOTO Bernama
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kerajaan bagi pihak penjawat awam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa atas pemergianya yang merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata,sumbangan Allahyarham sangat besar ketika memegang jawatan itu.

"Allahyarham bekerja kuat dari hatinya dan saya pernah betugas di bawahnya dalam beberapa agensi dan merasakan kehilangan besar atas pemergianya.

"Banyak kenangan ketika bersama Allahyarham dan arwah juga adalah 'cikgu' yang banyak mencurahkan ilmu ketika berkhidmat yang tidak dapat dilupakan," katanya kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Presint 10 di sini hari ini.

Sebelum itu Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaaakob hadir pada 9.43 pagi dan dilihat keluar dari kediaman Allahyarham 15 minit kemudian.

Allahyarham meninggal dunia Khamis lalu ketika menerima rawatan di Hospital Dublin, Ireland.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2022 @ 11:24 AM