Nurulhidayah Ahmad Zahid
Nurulhidayah Ahmad Zahid
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Anak kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan pensyarah yang didakwa menghina seorang penuntut daripada keluarga B40 kerana tidak memiliki komputer ketika mengikuti kelasnya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya hari ini, Nurulhidayah menyokong pensyarah berkenaan.

"Pendapat saya, profesor itu marah sebab sudah semester lima tidak ada laptop (komputer riba). Yer la orang susah tetapi sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yang utama sebagai 'priority' (keutamaan).

"Saya ni ada jugak pensyarah yang saya tak suka tetapi takda la sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah, dia marah la student (pelajar yang dia rasakan tak ambil serius dan ambil mudah dalam hal pembelajaran," katanya.

Beliau berkata, budaya menghebahkan atau menularkan sesuatu perkara di sosial media bukanlah tindakan yang bijak dilakukan oleh penuntut terbabit.

"Zaman sekarang laki marah bini masuk socmed (sosial media). Bini marah laki masuk socmed. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak dekat socmed. Kena marah dengan pensyarah pun masuk socmed.

"Divert (alihkan) la rasa sedih dan kecewa itu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan share (kongsi) atau aibkan pensyarah macam tu," katanya.

Menurut Nurulhidayah, realiti lagi teruk nanti jika dimarahi majikan, akan letakkan juga di sosial media.

"Pendapat saya, pensyarah tu tak menghina B40 pun. Saya berpendapat, dia kata macam tu sebab kecewa...terlalu kecewa.

"Ramai orang B40 yang berjaya. Ramai orang mak pak (ibu bapa) yang meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya.

"Dan ramai juga yang buat part time (kerja sampingan) untuk beli laptop (komputer riba)," katanya.

Menurutnya, ramai di luar sana boleh membantu pelajar itu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan wakil rakyat.

Berita berkaitan

UiTM ambil tindakan terhadap pensyarah perlekeh pelajar B40

Pensyarah perlekeh golongan B40 tak sepatutnya berlaku

'Berhubung dengan universiti kalau ada masalah' - Naib Canselor UiTM

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2022 @ 8:35 PM