ISMAIL Sabri melambai tangan selepas Mesyuarat MKT Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, malam ini. FOTO AIZUDDIN SAAD
ISMAIL Sabri melambai tangan selepas Mesyuarat MKT Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, malam ini. FOTO AIZUDDIN SAAD
Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung malam ini, berjalan lancar seperti biasa.

Sumber berkata, ia adalah mesyuarat biasa yang membincangkan mengenai usul akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, esok.

Ketika ditemui media, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan sama seperti sebelum ini yang membincangkan mengenai usul dan tiada usul berkaitan soal pilihan raya.

Mesyuarat berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta barisan ahli MKT.

Mesyuarat itu menjadi tumpuan kerana difahamkan akan turut menyentuh isu gesaan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) seperti dibahaskan perwakilan.

Sementara itu, sumber berkata, mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat lazim setiap kali PAU.

"Setakat ini tidak ada usul seperti dibangkitkan dalam perbahasan. Mesyuarat berlangsung harmoni. Macam biasa...," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 11:30 PM