MAHDZIR. FOTO arkib NSTP
MAHDZIR. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jangan sesekali angkuh dan sombong. Itu nasihat Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada perwakilan selepas kemenangan bergaya di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Sebaliknya, ahli parti juga perlu mengisi diri dengan penuh muhasabah agar perjuangan parti terus diterima oleh seluruh lapisan rakyat.

Katanya Umno tidak boleh lagi menjadi parti tempel-tempelan seperti yang berlaku selepas 2018.

"Semoga perhimpunan kali ini akan memberikan suntikan semangat untuk memperkukuhkan lagi perjuangan parti keramat ini dan kembali menjadi parti dominan mentadbir negara.

"Selamat bersidang diucapkan kepada perwakilan dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang bermula hari ini hingga Sabtu," katanya menerusi Facebook hari ini.

Seramai 5,571 perwakilan akan menyertai pada PAU 2021 yang akan bermula hari ini hingga 19 Mac dengan pematuhan prosedur operasi standard.

Malam ini Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan akan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dijangka dihadiri 2,891 perwakilan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2022 @ 12:21 PM