Suraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahauddin


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan perasaan sedih dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang menyebabkan empat mangsa tertimbus.

"Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus.

"Sama-sama kita berdoa semoga mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat," katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 15 rumah dan 10 kenderaan turut tertimbus.

"Pasukan bomba sedang melakukan kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. Foto Aizuddin Saad
Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. Foto Aizuddin Saad

Berita berkaitan

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan [METROTV]

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2022 @ 9:05 PM