Keadaan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang. Foto Asyraf Hamzah
Keadaan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang. Foto Asyraf Hamzah
Suraya Roslan

Ampang: Lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini, tidak termasuk dalam senarai lebih 150 cerun yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi runtuh di Selangor.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim berkata, sebelum ini pihaknya tidak mengesan sebarang indikasi seperti rekahan atau pergerakan tanah di lokasi berkenaan.

"Selepas berlaku banjir besar di Selangor pada Disember lalu, kita mengenal pasti majoriti lokasi cerun di negeri ini.

"Kita mendapati ada lokasi tidak stabil dan tidak selamat, namun kita tidak kesan perkara itu Taman Bukit Permai 2 sebagai kawasan berisiko," katanya hari ini.

Menurutnya, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan berbincang bagi memastikan insiden sama tidak berulang lagi.

"Kita juga meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk menjalankan pemantauan dengan lebih meluas.

Ditanya mengenai kejadian lapan bongkah batu terjatuh di kawasan berhampiran, Izham berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan tidak semestinya insiden itu antara penyebab tragedi yang meragut empat nyawa itu.

"Perkara itu perlu dikaji daripada aspek geoteknikal. Macam kejadian di Taman Bukit Permai, tiada keretakan awal.

"Kita tangani kes cerun mengikut kategori berbahaya yang memerlukan kos yang tinggi," katanya.

Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan.

Kejadian itu turut menjejaskan 15 rumah serta 10 kenderaan.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira jam 2 pagi hari ini selepas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penemuan mayat mangsa keempat dan kelima pada 12.46 tengah malam dan 1.59 pagi.

Berita berkaitan

KPKT peruntuk RM1 juta bersih runtuhan tanah Taman Bukit Permai 2

Penduduk Taman Bukit Permai 1 berasa selamat, tetap berjaga-jaga

Hajat adik ipar tinggal bersama keluarga tak kesampaian

Mangsa maut ditimbus tanah 1.5 meter: Bomba

Lebih 200 penghuni diarah kosongkan kediaman

Bunyi siren kuat jadi penyelamat

Identiti lima mangsa tanah runtuh dikenal pasti

Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa tanah runtuh: MB

Kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021

Mayat kedua ditemukan di hadapan rumah, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri [METROTV]

Anjing K9 digunakan cari 2 mangsa tertimbus

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah

'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 8:57 PM