Hujan pada awal pagi tidak menghalang warga kota dari pelbagai lapisan usia untuk melakukan aktiviti riadah dengan menyertai acara 'KL Car Free Morning' yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermula pada jam 7 pagi sehingga 9 pagi di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD

Mohd Iskandar Ibrahim

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan buruk dan waspada untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa sehingga hari ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Amaran Hujan Berterusan buruk meliputi Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu Kuala Terengganu dan Marang) serta Perak (Hulu Perak).

Katanya, Hujan Berterusan waspada pula meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) serta Terengganu (Dungun dan Kemaman).

"Luruan monsun yang mempengaruhi corak cuaca di negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung, dijangka semakin melemah.

"Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan pada jam 9 malam, 26 Februari.

"Hujan lebat berterusan dalam tempoh yang panjang boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Helmi berkata, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Februari 2022 @ 2:06 PM