GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen daripada RM3 seliter kepada RM3.03 bagi tempoh 6 hingga 12 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurutnya kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 6:04 PM