FOTO pada 2 Januari menunjukkan pengusaha sangkar ikan mengetatkan tali yang mengikat sangkar ikannya berikutan keadaan air Sungai Pahang di Kampung Belatung,  Pekan yang semakin meningkat. FOTO BERNAMA
FOTO pada 2 Januari menunjukkan pengusaha sangkar ikan mengetatkan tali yang mengikat sangkar ikannya berikutan keadaan air Sungai Pahang di Kampung Belatung, Pekan yang semakin meningkat. FOTO BERNAMA
Asrol Awang


Kuantan: Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya, setakat 8 pagi ini.

Ia masing-masing satu di Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 98.10 meter (m) berbanding paras bahaya 98 m.

Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut pula merekodkan 46.06 m berbanding paras bahaya 45 m.

Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dengan catatan 40.51 m berbanding paras bahaya 40 m.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 33.37 m berbanding paras bahaya 30.50 m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran yang merekodkan bacaan 28.46 m berbanding paras bahaya 28 m, manakala Sungai Pukin, Rompin dengan catatan 45.26 m berbanding paras bahaya 45 m.

Selain itu, 13 sungai lain mencatatkan bacaan melebihi paras amaran, manakala paras waspada pula membabitkan sembilan sungai.

Sementara itu, menurut info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,956 mangsa banjir daripada 616 keluarga masih berada di 53 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Jumlah itu membabitkan sembilan sembilan daerah iaitu Pekan, Temerloh, Raub, Lipis, Bera, Maran, Rompin, Jerantut dan Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 9:03 AM