KEADAAN banjir berhampiran Stadium Shah Alam berikutan hujan lebat. FOTO Asyraf Hamzah
KEADAAN banjir berhampiran Stadium Shah Alam berikutan hujan lebat. FOTO Asyraf Hamzah
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Masjid di Wilayah Persekutuan akan menjadi penempatan sementara mangsa banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyelaraskan untuk tujuan berkenaan.

Beliau berkata, masjid di Wilayah Persekutuan sudah bersedia dan akan menyediakan keperluan yang bersesuaian.

"Pihak masjid juga menguruskan makanan melalui Program Dapur It'am dan Jawi Food Bank.

"Saya turut mengarahkan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan keperluan untuk membantu mangsa yang terbabit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa banjir terus bersabar dengan ujian daripada Allah SWT yang menimpa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 3:18 PM