GAMBAR fail Sidang DUN Johor
GAMBAR fail Sidang DUN Johor
Mohamed Farid Noh


Iskandar Puteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke pembentangan Belanjawan Johor 2022, yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir tiba kira-kira jam 9.15 pagi.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) duduk di barisan sama dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986 hingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.

Namun Osman tidak hadir pada persidangan untuk pembentangan Belanjawan Johor 2022 hari ini berikutan masih berehat selepas diserang angin ahmar pada 13 Oktober lalu.

Osman dilaporkan sudah menyerahkan surat ketidakhadiranya ke persidangan DUN Johor yang diadakan bermula hari ini sehingga 28 November lalu, kepada jurutulis DUN Johor, petang semalam.

Surat ketidakhadiran itu sebagai maklum balas surat jemputan daripada Pejabat Jurutulis.

Difahamkan bekas menteri besar Johor itu kini sedang menjalani fisioterapi pemulihan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 10:35 AM