MURID diletakkan dalam kenderaan sebelum dibawa keluar. FOTO Ihsan Bomba.
MURID diletakkan dalam kenderaan sebelum dibawa keluar. FOTO Ihsan Bomba.
Muhaamad Hafis Nawawi


Serdang: Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 14 murid yang terperangkap di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, di sini susulan banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggotanya mendukung murid itu ke tempat selamat selepas kawasan sekolah dinaiki air.

Katanya, kerja memindah keluar 18 guru sedang dilakukan.

"Sebelum itu kami menerima maklumat mengenai situasi murid dan guru itu pada 7.45 malam.

"Anggota terpaksa mendukung semua murid selepas lori yang digunakan untuk memindahkan mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat laluan dinaiki air.

"Sebaik diselamatkan, mereka diserahkan kepada ibu bapa masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, banjir kilat di kawasan itu sudah mulai surut.

Terdahulu, seramai 18 guru dan 14 murid sekolah itu dilapor terperangkap selepas persekitaran sekolah dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang.

Berita berkaitan

18 guru, 14 murid terperangkap banjir kilat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 10:10 PM