GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Butterworth: Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan dalam longgokan sampah di sebuah tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, di sini hari ini.

Mayat bayi yang dibalut dengan sehelai kain itu dijumpai seorang penduduk di situ bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat betkenaan pada 9.35 pagi tadi.

Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, sepasukan polis terus ke lokasi penemuan mayat bayi itu dan mendapati mayat bayi dipercayai baru dilahirkan berada dalam longgokan sampah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat bayi berkenaan.

Katanya, polis dengan bantuan penduduk setempat juga sedang mencari penduduk di sekeliling yang sedang berpantang lepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 12:50 PM