ANTARA dadah yang dirampas polis di serbuan di kawasan Juinjang. FOTO IHSAN PDRM
ANTARA dadah yang dirampas polis di serbuan di kawasan Juinjang. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket dadah dengan penahanan tiga individu dan merampas dadah heroin seberat 56.18 gram di kawasan Jinjang, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 3.30 petang hingga 4.40 petang itu, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul Kuala Lumpur menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 48 tahun hingga 57 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di kawasan itu.

Menurutnya, pemeriksaan menemui dadah heroin dalam milikan mereka dengan berat masing-masing 18.40 gram, 18.48 gram dan 19.30 gram yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di kawasan itu bernilai RM2,009.30.

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM43 dipercayai hasil jualan dadah.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin, amphetamine dan methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, semakan rekod jenayah mendapati suspek pertama mempunyai 26 rekod jenayah dadah, suspek kedua 10 rekod jenayah dadah dan suspek ketiga mempunyai 12 rekod jenayah dadah.

"Kesemua saspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pihak Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan di sekitar daerah Sentul yang dipercayai bergiat aktif sejak bulan Jun lalu,

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 7:36 PM