Polis kesan waris bayi. FOTO Ihsan JKM Hulu Langat
Polis kesan waris bayi. FOTO Ihsan JKM Hulu Langat
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan waris kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan seorang wanita warga Myanmar di Hospital Serdang pada 24 Julai lalu.

Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan wanita berkenaan dikenali sebagai Khaing Khaing, 25, kemudian disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos lalu akibat wabak Covid-19.

"Bayi berkenaan kini diletakkan di bawah pemantauan pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sementara menunggu proses selanjutnya.

"Waris bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung, Lockman Hakim Tomirin di talian 03 87378007 atau 0387395070 untuk tindakan lanjut," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 11:49 PM