MAJLIS pengisytiharan taubat oleh Masitah Ab Jalar disaksikan Dr Anhar (kiri) dan Pengarah Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (kanan) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam. FOTO Amirudin Sahib
MAJLIS pengisytiharan taubat oleh Masitah Ab Jalar disaksikan Dr Anhar (kiri) dan Pengarah Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (kanan) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam. FOTO Amirudin Sahib
Skuad Khas Harian Metro


Shah Alam: Seseorang yang melakukan dosa, maksiat serta penyelewengan yang bercanggah daripada Islam dan Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu yakin bahawa Allah SWT akan mengampunkan dosa dan menerima taubat.

Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir berkata, terdapat tiga syarat yang menyebabkan taubat diterima iaitu mencabut (meninggalkan) maksiat, menyesali perbuatan maksiat dilakukan dan berazam dengan sesungguhnya bahawa tidak akan mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.

Katanya, sebahagian ulama menambah satu lagi syarat penting, iaitu syarat umum bagi ibadah yang dilakukan manusia iaitu taubat berkenaan mestilah ikhlas kerana Allah SWT.

"Dalam konteks ini mestilah taubat yang dilakukan itu semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Tiada lain yang dikehendaki melainkan adalah keinginan untuk mendapatkan keampunan dan reda daripada Allah SWT.

"Sesiapa yang bertaubat, tetapi tidak ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, dosanya tidak akan diampunkan dan dia dianggap belum lagi bertaubat oleh Allah SWT," katanya ketika menyampaikan tausiah pada Majlis Pengisytiharan Taubat Masitah Ab Jalar di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam hari ini.

Selain itu katanya, bagi memastikan seseorang itu mendapat taubat yang sempurna dan diterima Allah SWT, mereka perlu sentiasa bersama dan melazimi orang-orang soleh.

Menurutnya, mereka juga perlu merujuk kepada ulama yang muktabar dalam perkara agama yang tidak diketahui atau tidak pasti mengenainya.

"Ketiga, mereka juga tidak boleh berputus asas untuk mendapat rahmat Allah SWT," katanya.

Berita berkaitan

Pengasas PMYT mengaku bertaubat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 2:46 PM